Thursday 11 July 2013

Karipap Panas Che'As

karipap pusing
                                         Minum petang karipap panas,Teh putik bunga rose

karipap pusing
                                                              Karipap inti sardin
                                               Ballance doh karipap,anak2 suka..

karipap pusing
                                             Tak comel..baru2 belajar buat karipap pusing :)
Rupa x cantik x apa lah..janji sedap ;)

Tuesday 28 May 2013

Skincare Berasaskan Rumpai Laut

          Setiap wanita inginkan kulit yg bersih,licin,halus,mulus..maka begitu byk produk2 dan set kecantikan ditawarkan di pasaran.Macam-macam jenama ada,kan..Ada yg buatan tempatan dan produk dari luar negara..

Saya sendiri suka sgt mencuba produk2 kecantikan ni,mcm2 jenama  saya dah cuba(mentang2 lah kulit x byk ragam) maka jadi bhn testimoni lah pula..hehe..arini saya nak cerita mengenai set skincare berasaskan rumpai laut ye..

Ramai kan yang dah tau tentang kebaikan rumpai laut..rancangan Nona Tv3 dan Wanita Hari Ini sudah beberapa kali menyiarkan tentang khasiat rumpai laut untuk kesihatan dan kecantikan..

Saya suka sgt set berasaskan rumpai ni..ianya tidak mengelupas atau menyakitkan kulit..tapi memang berkesan.Dari pengalaman saya sendiri,kalau ada jerawat mmg cepat mengecut dan hilang terus..kutil minyak atau oil cyst yg biasanya gatal,tumbuh bawah mata (selalunya akibat dari krim yg mengandungi minyak yg berlebihan) pun boleh tanggal.padahal puas da saya buat rawatan facial,susah nak hilangkan oil cyst tu...lagipun harga nya murah.....
mula nya saya nak cuba2 je..bila dah jatuh cinta saya turut jual kepada sesiapa yg berminat :)

krim rumpai laut pmc
                       Set Sabun,krim malam & krim siang berasaskan rumpai laut PMC


krim rumpai laut pmc
                                           Krim malam 14g krim siang 7g

sabun rumpai laut
                                           Sabun Rumpai Laut (PMC)

testimoni krim malam rumpai laut pmc

testimoni krim rumpai pmc


krim dan sabun rumpai laut

     Nak cuba?jomm..1 set Rm35 sahaja termasuk poslaju tau :)

*kalau berminat untuk belian borong dan maklumat lanjut 
mengenai produk ni silalah klik sini.Jom cantik dgn rumpai laut.
                       Murah-BerkesanSelamat-Berbaloi

Thursday 9 May 2013

Dari Dapur Kecil ku - Masak Lemak Cili Padi

             Ni memang favourite saya..Masak Lomak Cili padi.kalau lagi podas lagi sodap..Saya ni mmg kuat makan pedas,tapi dalam setiap masakan,saya kena seimbangkan supaya boleh dimakan oleh suami dan anak-anak juga..

Masak lemak cili padi ni berasal dari Negeri Sembilan (kalau tak silap saya lah) kawan saya yg ibu mertuanya org "nogori" kata, resepi pure betul2 dari negeri sembilan, tak gunakan bawang merah...just tumbuk @ blend cili padi dengan kunyit hidup saja..tapi kebanyakan org gunakan bawang merah (dlm apa jua resepi masakan melayu) dua2 cara saya dah cuba..rasanya bagi saya dua2 pun lebih kurang sama je..mak mertua saya pula kata,kalau guna bawang merah,boleh membantu memekatkan kuah..so apa pendapat you alls?


Tak kira lah bagai mana cara atau style masing2 didapur,yang penting dapat memenuhi selera sekeluarga..Kalau saya pilih mana yang lagi mudah je..hihihi

Ada yg gunakan santan cair dan santan pekat yg di asingkan..masuk step by step..masing2 ada cara dan style yg tersendiri..kalau cara saya mmg senang je... :)


Bahan2 nya :

Ketam,ayam,sotong,(ikut suka)
Bawang Merah (kalau x nak guna pun xpe)
Cili Padi secukupnya
serai
Kunyit Hidup
Daun Kunyit
Santan dari sebiji kelapa
Garam,Serbuk perasa Ajinamoto

Caranya :

-Bawang,cili padi,kunyit hidup di tumbuk @ blend
-serai di titik..
-masukkan bhn kisar dan serai kedalam periuk berisi santan
-masak atas api sederhana..(kacau selalu supaya x berketul @ pecah minyak)
 bila suda agak mendidih,masukkan ketam @ ayam,ikan ( mengikut pilihan)
-masak sehingga mendidih..perasakan dgn garam,dan serbuk perasa sikit..
-masukkan daun kunyit sehelai (untuk menambahkan keharuman masakan)
 Siap.Senang kan?

Masak lemak Cili Padi sesuai dimakan dengan nasi putih panas..oleh kerana biasanya masakan ini agak pedas,maka menu yg lain kena la di seimbangkan...kalau semuanya pedas2 hadoii berasap la pulak hehe ;)

Syukur Alhamdulillah.Rezeki untuk hari ini..Jom Makan!
 


Sunday 21 April 2013

Rumpai Laut Lagi...




Benarkah Dakwaan Bahawa Rumpai Laut Tiada Kolagen? 

Sejak akhir-akhir ini, terdapat penyebaran dari individu-individu dan blog-blog tertentu bahawa rumpai laut tidak mengandungi kolagen dan tiada langsung kebaikan dalam bidang kosmetik. 

Saya harap anda tidak terpengaruh dengan dakwaan ini kerana kemungkinan besar ia disebarkan oleh pengusaha-pengusaha kolagen dari sumber lain yang cemburu dengan industri rumpai laut yang mencecah 4 bilion setahun di Malaysia.

Sejak keberkesanan rumpai laut dalam bidang kosmetik dan kesihatan 'meletup' di Malaysia, jualan produk-produk kolagen lain merosot dengan mendadak. Kenapa tidak, rumpai laut adalah jauh lebih murah berbanding dengan produk-produk kolagen tersebut. Perbuatan sabotaj seperti ini pernah terjadi kepada industri minyak sawit kita suatu ketika dahulu. dimana pengusaha-pengusaha industri minyak Soya, khususnya dari US pernah memfitnah minyak Kelapa Sawit boleh menyebabkan kanser.

Projek Rumpai Laut adalah adalah salah satu projek yang dimulakan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia. Kajian-kajian telah dilakukan oleh pakar-pakar dari UMS, British Medical Board, Harvard dan banyak lagi pakar-pakar dari dalam dan luar negara yang mendapati bahawa rumpai laut mengandungi pelbagai khasiat yang sangat tinggi bukan sahaja unutk kesihatan, tetapi juga untuk kecantikan.

Jika anda menerima penyebaran sebegini jangan like atau share kerana anda bersubahat menghancurkan industri rumpai laut negara.

Perlu diingatkan bahawa industri rumpai laut 90% terdiri dari kaum bumiputra, sedangkan sarang burung Walit 83% terdiri dari bukan bumiputera dan industri kolagen lain hampir 100% bukan bumiputera. Jadi jangan anda bantu hancurkan industri ini.

Sebaliknya, anda boleh like atau share info ini bagi menyedarkan masyarakat akan taktik-taktik halus sesetengah golongan ini. Insyaallah dari masa ke semasa, saya akan buat sedikit-demi sedikit pendedahan tentang kajian-kajian tentang rumpai laut ini dan mendedahkan penipuan-penipuan yang disebarkan oleh individu-individu tersebut.


Thursday 18 April 2013

Rumpai Laut Sabah.Mengapa ada pertikaian

          Sejak 2 tahun lepas,saya telah mengamalkan rumpai laut sebagai masker muka dan supplement tambahan.Malah saya sendiri menjual rumpai laut ini. Mmg sambutan sgt menggalakkan.ketika itu rumpai laut masih baru di pasaran,rata2 harga bagi 100gm rumpai laut kuning berharga rm25-45..(masa tu saya jual rm35 coz ambil dari supplier pun dah rm20 utk 1 pek 100gm..mahal kan...) stok ke2 saya turunkan harga kepada rm25 kemudian rm15.(mula2 dulu agak susah nak cari supplier..lama kelamaan makin mudah mendapat supplier yg menawarkan harga murah ,jadi harga pasaran dpt dikurangkan)


Sekarang hampir semua org tahu mengenai rumpai laut ni...pasaran begitu meluas sekali...dan harga pun makin murah.Oleh kerana lambakan pasaran & harga yg saya dpt dari supplier di Sabah agak murah bagi pembelian pukal.maka akhirnya saya jual 1 pek 100gm dgn harga rm8,rm10-rm12 mengikut gred
Ramai yg telah mencuba & mengakui kehebatan rumpai laut ni maka bertambah famous la si rumpai laut ni..
Banyak Artikel yg menyokong tentang kebaikan mengamalkan rumpai laut untuk kesihatan.Rancangan WHI TV3 juga pernah menyiarkan tentang khasiat rumpai laut untuk kecantikan.
Antara Kebaikan & khasiat rumpai laut Sabah

Ramai yg telah memperkatakan tentang khasiat rumpai laut  ni maka byklah produk2 kecantikan yg berasaskan rumpai laut diperkenalkan di pasaran..rumpai laut di berikan gelaran sebagai (IBU KOLOGEN atau PURE MARINE COLLOGEN oleh orang melayu dan SEA BIRD NEST oleh orgcina)
(mcm x logic kan..gelaran tu .tp org cina kan sgt percaya pada kehebatan sarang burung.maka rumpai laut ni diberi gelaran sebegitu kerana khasiat nya di percayai melebihi sarang burung yg berharga mahal.

Baru2 ini telah tercetus pertikaian mengenai rumpai laut ni..Ada artikel yg mengatakan bahawa rumpai laut tiada mengandungi collagen..ramai yg merasakan bahawa mereka tertipu dgn semua kenyataan mengenai kebaikan rumpai laut ni..ramai yg rasa tertipu dan memperkatakannya di laman facebook,twitter dan sebagainya...org ramai mula sangsi dan ragu2 untuk menggunakan rumpai laut.(sebilangan org sahaja mungkin....)

Rasa marah,tertipu kerana tiada collagen di dlm rumpai laut?
BAGI SAYA ADA ATAU TIDAK COLLAGEN DI DLM RUMPAI LAUT ITU TIDAK PATUT DIPERTIKAIKAN,PURE MARINE COLLAGEN TU HANYA GELARAN SAHAJA,SAMA SPT SEA BIRD NEST YG DIGELARKAN OLEH ORG CINA.TAPI APABILA MUNCUL PERTIKAIAN.SEMUA KEBAIKAN DAN KHASIAT RUMPAI LAUT TELAH DILUPAKAN.PADAHAL MEREKA SENDIRI TELAH MENCUBA DAN MENGAKUI TENTANG KEBERKESANAN NYA.
Bukti yg menyatakan Rumpai Laut membantu mengekalkan kolagen dlm kulit-Dr Muta Harah Zakaria.. Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, UPM

Sumber:Berita Harian.
Isnin, 15hb April 2013
petikannya:
"rumpai laut mengandungi kandungan mineral,asid amino dan beta karotein yang tinggi bagi
membantu mengekalkan KOLEGEN dalam kulit"..
Bukti yg menyatakan Rumpai Laut membantu mengekalkan kolagen dlm kulit-Dr Muta Harah Zakaria.. Pensyarah 
Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, UPM

DIHARAP DGN PENJELASAN INI MAKA KITA SEMUA FAHAM.TAK KIRALAH ADA ATAU TIDAK COLLAGEN DALAM RUMPAI LAUT TETAPI TELAH DI SAHKAN YG IANYA DAPAT MEMBANTU MENGEKALKAN COLLOGEN DLM TUBUH MANUSIA.


Sebenarnya apabila meningkat usia,collogen yg sedia ada dlm tubuh manusia akan berkurangan,maka berlakulah proses kekenduran kulit dan sebagainya..Berbagai bagai produk yg mengandungi collagen ditawarkan di pasaran...Collagen boleh didapati dari byk sumber..yg popular dari sisik ikan talapia..(SAYA PERNAH TERBACA DAN DLM SIRI KOREA MISS AHJUMMA ADA DIALOG YG MENGATAKAN KAKI KHINZIR JUGA MENGANDUNGI BYK COLLAGEN-MAKA BERHATI2 LAH PADA YG OBSES COLLAGEN NI..PASTIKAN IANYA DARI SUMBER YG HALAl



Syukur alhamdulillah rumpai laut ni ada di perairan laut di negara kita,negara luar mengimport rumpai dari negara kita dgn harga yg mahal,(jgn lah si rumpai laut ni merajuk pula nnt ye...hihihi gurau je...

ok...kepada semua yg percaya dgn khasiat rumpai laut,teruskan menyokong dan menggunakannya utk kebaikan diri sendiri.Sedangkan vit c & vit E pun kebanyakannya ada bhn artificial..bukan semua vit dari sumber yg asli..ini pula rumpai laut yg sememangnya asli tiada campuran kimia2..Sama2 lah kita menghargai kurniaan Allah utk kesihatan melalui sumber dari perairan sabah ini...bukan semua tempat ada rumpai laut ni..nanti kalau  rumpai laut merajuk...ha susah pulak kita nk dapatkan,kne import dari tempat lain kan susah...hehehe  


Jika di fikirkan,ramai yg sanggup berbelanja ratusan ringgit untuk membeli produk yg dikhabarkan mengandungi collagen.Kesian si rumpai laut.sudahlah harga pun tak mahal malah ada pula yg bertanya halal atau tidak? penjelasannya,rumpai laut ini adalah anugerah dari Allah.Ianya asli dari laut,tiada chemical semata2 asli..samalah macam kita beli ikan di pasar,takkan lah kita nak tanya "halal ke ikan ni" hehe..lainlah kalau ianya dah di proses menjadi produk..kalau rumpai semata2..fikir sendiri la ye :) 


oklah...Da byk yg saya perkatakan tentang cik rumpai laut ni..Jom la kita ber RUMPAI LAUT..pasti menyegarkan :)Jom!!

rumpailaut
Rumpai Laut yg direbus bersama kurma cina dan sedikit gula batuk..khasiat kurma merah dpt menambahkan darah,memerahkan dan menyerikan muka,mengurangkan dan meredakan batuk & sakit tekak.cubalah :)



Saturday 6 April 2013

Salam Kenal

                   Assalamualaikum..Salam kenal buat pembaca :) Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kerana meluangkan masa utk membaca blog saya yg tak seberapa ini..Saya masih baru dlm dunia "blogging " ni.kalau ada kesilapan dlm penulisan saya...harap di maafkan ye..:)


               Saya seorang ibu dgn 3 org cahayamata,yang simple & biasa2 saja.Full time suri rumah..sambil menjalankan perniagaan secara online.di klik sini..Saya sgt meminati bidang kecantikan,fesyen dan apa2 saja yg berkaitan dgnnya :)(semua perempuan pun sukaaa kan.. :)saya suka berkongsi idea,petua atau produk2 kecantikan dgn kenalan saya (lebih baik sembang tentang nak cantik2 gitu..daripada gossip2 tak berfaedah betul tak :) lagi satu sy sgt suka menulis..saya anggap diary adalah teman yg paling setia...bila ada sesuatu yg meruntun hati..saya luahkan apa saja yg saya rasa pada diary atau cuma sehelai kertas (pastu koyak2 & buang*takut juga nnt dibaca org* hehe) kalau ada sesuatu yg menggembirakan,idea atau apa saja sy tulis juga...rasa mcm ada satu kepuasan kalau dpt meluahkan rasa pada sekeping kertas.setiap malam sebelum tidur,saya akan tuliskan (to do list) senarai perkara yg saya akan lakukan esok hari nya..menu apa utk di masak.keperluan apa yg harus dibeli...hmmm..(mesti ramai juga kan yg buat macam tu..)Mulanya saya segan nak menulis blog mengenai personal life saya..tapi sebab minat menulis( walaupun x ada bakat,penggunaan bahasa mungkin agak berterabur..)seronok juga bila membaca personal blog org lain...kini giliran saya berkongsi cerita..



                                                Antara kenangan manis dlm hidup saya..

             

                      

Masih ingat lagi tak pada filem GEMERLAPAN? filem ini adalah filem pertama arahan Prof A.Razak Mohaideen..Filem ni mengandingkan ramai artis.Kebanyakan nya penyanyi..filem ini mendapat sambutan hangat pada tahun 1998 x silapnya...Pada mulanya filem ini bertajuk Talentime 1998 (Pada skrip) tetapi ditukar tajuknya kepada Gemerlapan.


Pengalaman berlakun dlm filem ini adalah antara kenangan manis dalam hidup saya..maklumlah saya org biasa je..dlm filem ni saya lah satu2 nya bakat baru (yg lain semua nma yg da establish) mana mungkin seorang gadis biasa ketika itu (18 thn) tidak teruja bila berpeluang berlakun dikelilingi artis2 popular ketika itu..


Watak saya sbgai nana..pelakun pembantu..kawan baik kpd heroin filem tu (Baby Restu) boleh dikatakan byk jugalah scene yg sy lakunkan...sepanjang filem itu...saya dipilih ketika menghadiri ujibakat di TV3..mmg rasa bersyukur krn tawaran itu kebetulan pada hari lahir saya yg ke 18(melompat la masa tu....hhihi)


Sebelum Filem tu.sy berlakun dlm sebuah filem bertajuk "sate" arahan Z,Lokman..Ada 3 ke 4 scene je...heroinnya Nurul Wahab,Hairi Othman & Faisal Hussein..(kelakar bila tgk filem tu balik...sy dgn rambut pendek kejung) huhu..





Antara video klip (kelakar kalau tgk balik lakunan dulu2..) tp terima kasih la pada yg upload video ni kat youtube..ada jugalah kenangan masa saya muda2...sebab semua kenangan dlm keratan akhbar,video,mmg sudah tiada dlm simpanan saya..hilang semasa urusan berpindah randah :( yg saya update ni semua sumber dari google..



Byk juga Drama tv,iklan tv yg saya ikut lakunkan sekitar tahun 90-an...tapi saya taklah di kenali sangat.saya guna nama Azwa Eswan (hehe bukan orang kenal pun kan..(malu2).saya sendiri mengaku..bakat saya tak seberapa.tapi mungkin org suka ambik saya bekerja sebab saya sgt menjaga displin masa & kerja..(hehe bukan isi bakul tau...)


Kadang2 rasa rindu dan teringin nak "come back"konon2...mungkin 1-2 scene pun jadilah kot sekadar pelepas rindu...tapi dunia hiburan sekarang sgt berbeza dari dulu...makin ramai artis yg berbakat besar...cantik2 pula..skrip pun da makin bagus...syabas kepada dunia perfileman di Malaysia..Biarlah saya menyokong dari jauh sahaja... :)